Friday, June 27, 2008

Berita e-Kamus

Sumber : (Ruangan Bisnes - Rabu 4 Jan. 2006)

E-Kamus Permudah Cari Makna

Oleh Hayati Ibrahimya_t@hmetro.com.my

MELIHAT kepentingan kepada penggunaan kamus ketika ini, Anpec Global Corporation Sdn Bhd (Anpec Global) memperkenalkan e-kamus untuk kemudahan pengguna.

E-Kamus adalah perisian perkamusan dwibahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna komputer yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan rujukan bahasa.

Perunding Projek, Mohd Nasri Zakariah, berkata produk itu adalah yang terbaru di Malaysia diperkenalkan bagi membolehkan golongan pelajar dan individu menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan singkat.

"Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan, bersesuaian dengan teknologi perkomputeran pada hari ini.

"Di samping itu, e-kamus turut dibekalkan dengan beberapa fungsi tambahan bagi meningkatkan lagi kualitinya setanding dengan perisian lain di pasaran," katanya.

Anpec adalah syarikat yang bertanggungjawab memasarkan e-kamus di Malaysia.

Katanya perisian itu bukan sahaja boleh digunakan untuk mencari makna perkataan dengan lebih berkesan dan cepat, malah ia lebih interaktif dan bermanfaat.

Pada peringkat awal, e-kamus menggunakan kandungan versi Nusantara (Edisi Indonesia) sebagai kandungan asas, namun pada tahun 2001, produk itu dinaik taraf dengan versi 4.02 yang lebih sesuai dengan pengguna di Malaysia.

Mohd Nasri berkata, sejajar dengan kepesatan teknologi terkini, e-kamus sekali lagi dinaik taraf pada 2002 dan dikenali sebagai e-kamus 5.01.

E-kamus versi 5.01 adalah perisian perkamusan dwibahasa dua hala Inggeris Melayu dan Melayu Inggeris di mana pengguna boleh membuat pilihan sama ada bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sebagai kata pencarian.

..

No comments: