Friday, June 27, 2008

Nak buat pesanan?

Hubungi :

Syamsul
HP: 019-679 8639
email: syamsulazhar@gmail.com
Lokasi:
Selangor - KL (Penghantaran terus)
Lain-Lain (Penghantaran POS express..dijamin sampai)

Harga?
silalah sms / call untuk dapatkan harga istimewa... call sekarang!!!
.
.
.

Lagi Berita Mengenai e-Kamus


Sumber : (Ruangan Lelaki - Rabu 15 Feb. 2006)

E-Kamus Bantu Pelajar

Oleh Ihsan Noorzalirencana@hmetro.com.my

KEPENTINGAN bahasa Inggeris dalam pembelajaran serta di alam pekerjaan mendorong dua rakan bergabung tenaga menubuhkan Anpec Global Corporation Sdn Bhd (Anpec Global) untuk memperkenalkan e-Kamus (kamus elektronik) yang memudahkan penggunanya.
.
.
Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Zamzuri Sidek, berkata penggunaan e-Kamus mempercepatkan mahasiswa mencari makna perkataan ketika menghadap komputer berbanding penggunaan buku kamus.“Kebanyakan paparan laman web di internet dalam bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah atau mahasiswa mencari bahan tugasan dan e-Kamus membantu kerana kita cuma klik dua kali (double click) pada perkataan yang tidak difahami maknanya,” katanya.
.
.
Menurutnya, dengan e-Kamus yang dicipta sebagai perisian perkamusan, pengguna komputer tidak perlu merujuk kepada buku kamus ketika menggunakan komputer. “Ramai ibu bapa resah dengan kesukaran anak-anak memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris. Kami cipta e-Kamus untuk membantu mereka,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
.
.
Zamzuri yang bergabung tenaga dengan Mohd Nasri Zakariah yang bertindak sebagai Pengurus Projek, percaya e-Kamus mampu menjadi pelengkap kepada teknik pembelajaran secara pantas memahami makna perkataan kerana ia berbentuk dwibahasa. Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan, Zamzuri berkata, e-Kamus tidak boleh diciplak atau dicetak rompak kerana ia menggunakan kod khas sebagai langkah keselamatan.
.
.
“Kami bersedia ke mana-mana sekolah, universiti atau agensi kerajaan jika dijemput memperlihatkan penggunaan e-Kamus untuk memberi peluang menggunakannya sebelum membeli,” katanya. Selain penukaran makna Inggeris-Melayu, e-Kamus menghimpunkan tujuh kamus, iaitu Melayu-Inggeris, Melayu-Melayu, Inggeris-Inggeris, English Dwibahasa, Kamus Komputer, Kamus Istilah Matematik, Kamus Istilah Sains serta pengemaskinian secara percuma.
.
.
Projek itu yang disokong Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pelajaran Selangor semakin meluas di seluruh negara membabitkan sekolah dan IPTA serta individu. E-Kamus menggunakan kandungan versi Nusantara (edisi Indonesia) pada asas kandungannya dan pada 2001, ia dinaiktaraf dengan versi 4.02 yang dianggap sesuai dengan keperluan pengguna negara ini.
.
.
Pada 2002, e-kamus dinaik taraf sekali lagi dan dikenali e-Kamus 5.01. “Kami tidak mewujudkan e-Kamus berdasarkan matlamat komersial sebaliknya demi membantu masyarakat” katanya.
.
.
Siswa semester enam program Matematik UPSI, Yusni Omar yang turut menjadi ejen pemasaran e-Kamus berkata, e-Kamus penting kepada pelajar universiti dalam menyiap tugasan kerana ia lebih pantas berbanding menggunakan kamus buku.
.
.
Siswi, Norhalipah Mat Arif, 27, yang mengukuti program Geografi pada semester satu di UPSI, berkata e-Kamus membantunya dari segi penggunaan komputer dan sesuai untuk pelajar atau siswa kerana ia mengandungi lebih 150,000 kata masukan.
Katanya, ia mesra pengguna, senang digunakan, aksesnya cepat dan selain makna, ada ayat contoh untuk kefahaman pengguna.
.
....

Berita e-Kamus

Sumber : (Ruangan Bisnes - Rabu 4 Jan. 2006)

E-Kamus Permudah Cari Makna

Oleh Hayati Ibrahimya_t@hmetro.com.my

MELIHAT kepentingan kepada penggunaan kamus ketika ini, Anpec Global Corporation Sdn Bhd (Anpec Global) memperkenalkan e-kamus untuk kemudahan pengguna.

E-Kamus adalah perisian perkamusan dwibahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna komputer yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan rujukan bahasa.

Perunding Projek, Mohd Nasri Zakariah, berkata produk itu adalah yang terbaru di Malaysia diperkenalkan bagi membolehkan golongan pelajar dan individu menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan singkat.

"Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan, bersesuaian dengan teknologi perkomputeran pada hari ini.

"Di samping itu, e-kamus turut dibekalkan dengan beberapa fungsi tambahan bagi meningkatkan lagi kualitinya setanding dengan perisian lain di pasaran," katanya.

Anpec adalah syarikat yang bertanggungjawab memasarkan e-kamus di Malaysia.

Katanya perisian itu bukan sahaja boleh digunakan untuk mencari makna perkataan dengan lebih berkesan dan cepat, malah ia lebih interaktif dan bermanfaat.

Pada peringkat awal, e-kamus menggunakan kandungan versi Nusantara (Edisi Indonesia) sebagai kandungan asas, namun pada tahun 2001, produk itu dinaik taraf dengan versi 4.02 yang lebih sesuai dengan pengguna di Malaysia.

Mohd Nasri berkata, sejajar dengan kepesatan teknologi terkini, e-kamus sekali lagi dinaik taraf pada 2002 dan dikenali sebagai e-kamus 5.01.

E-kamus versi 5.01 adalah perisian perkamusan dwibahasa dua hala Inggeris Melayu dan Melayu Inggeris di mana pengguna boleh membuat pilihan sama ada bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sebagai kata pencarian.

..

Senarai Kamus...

1. Malay-English (AT)
2. English-Malay (AT)
3. English-Malay (Times)
4. Dictionary of Computer
5. Dictionary of Medicine
6. English (Peter Collin)
7. English (Oxford)
8. Istilah Matematik DBP
9. Istilah Kejuruteraan DBP
10. Istilah Komputer DBP
11. Istilah Sains (DBP)
12. Kamus Dewan Edisi Ketiga
13. Kamus Dewan Edisi Keempat
14. Inggeris-Melayu (DBP)
15. Melayu - English (KM)
16. Melayu - Arab (Asas)
17. Melayu - Cina (Asas)



.....

Apa itu e-Kamus?



e-kamus merupakan perisian perkamusan dwibahasa menghimpunkan kamus buku terkini yang dibangunkan khusus untuk mempermudah kaedah pencarian istilah dan makna perkataan.


Ia dilengkapi dengan pelbagai kaedah pencarian bergantung kepada cara penggunaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran (ICT) pada hari ini.


Pilihan kaedah pencarian yang disertakan membolehkan anda hanya perlu ‘double-click’ pada perkataan untuk mendapatkan maknanya. Maklumat di hujung jari anda!





.

Kelebihan






1. Kandungan pelbagai kamus mencakupi: Melayu –Inggeris, Inggeris-Melayu, Melayu- Melayu, Inggeris-Inggeris, Melayu – Arab, Melayu – Mandarin, istilah komputer, sains, matematik, Kedoktoran dan kejuruteraan.

2. Mencari makna perkataan tanpa perlu menaip (hanya double-click).
3. Fungsi sebutan perkataan (suara) dalam Bahasa Inggeris.

4. Bonus penyemak ejaan Bahasa Melayu- PERCUMA.

5. Kandungan yang boleh dikemas kini melalui internet secara PERCUMA.
6. Penggunaan yang interaktif.

7. Sesuai digunakan pada semua aplikasi yang berasaskan teks.

8. Lebih 500,000 kata masukan (kata pencarian).

9. Sesuai untuk pelajar-pelajar dan golongan dewasa.

TERBUKTI!! Telah membantu ramai pelajar dan orang perseorangan menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat melalui kaedah membaca.

Tuesday, May 27, 2008

Selamat Datang...

Selamat datang ke kamuspilihanbijak.blogspot.com Saya amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Blog ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan manfaatnya untuk semua. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda disini.